klpost

Pelajar hilang dikhuatiri lemas di Pantai Taman Damai

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

7 lemas, bot karam di Kota Tinggi
Labuan
– Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat SMK Mutiara di sini dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Taman Damai, Kampung Layangan di sini semalam.

Mangsa, Mohd. Shahrul Iskandar, 16, dikatakan sedang mandi bersama empat rakannya di pantai yang terkenal itu pada hujung minggu, apabila secara tiba-tiba kesemua mereka dipukul ombak besar kira-kira pukul 4 petang.

Empat rakannya, Mohd. Aiman B Sumardi, 12, Zul Azri Sufri, 12, Mohd. Syafiq, 13, dan Khairuddin  Karim, 14, berjaya berenang ke tepian, bagaimanapun Mohd. Shahrul gagal berbuat demikian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota bomba, polis dan Maritim Malaysia (APMM) dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari pelajar itu sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.23 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin turut meminta nelayan tempatan membantu dalam operasi SAR itu.

Usaha mencari Mohd. Shahrul yang berasal dari Kampung Sungai Labu masih diteruskan, namun setakat ini, dia belum dijumpai. – Bernama