klpost

Pekerja restoran dikurung dan dipukul majikan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

je_02.1Melaka – Sembilan wanita asing yang bekerja di sebuah restoran di Banda Hilir, di sini, mendakwa dikurung dalam sebuah bilik dan tidak dibenarkan keluar selepas waktu bekerja, sejak sembilan bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mendakwa dipukul majikan.
“Hanya kerana melakukan kesalahan kecil seperti tersalah meletak barang, saya ditampar dan dimaki hamun serta pernah dikurung di dalam bilik,” kata Pita, 25, warga Indonesia.

Dia antara sembilan wanita warga asing yang diselamatkan Jabatan Imigresen negeri selepas satu serbuan ke atas premis berkenaan, jam 12 tengah hari semalam.
Difahamkan, semua wanita masing-masing tujuh warga Indonesia dan dua warga Myanmar berusia 22 hingga 31 tahun itu terkurung di kedai dan tidak sesekali dibenarkan keluar.
Mereka yang ditempatkan dalam sebuah bilik mendakwa turut dikasari majikan dengan menampar dan memukul, selain dipercayai mengugut mengenakan denda serta memotong gaji. – myMetro