SK

Pekerja maut di gilis komuter

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SEREMBAN, JUN 5, 2012: Seorang pekerja kuari maut dilanggar komuter ketika melintas landasan kereta api itu untuk pulang ke rumahnya tidak jauh dari Taman Desa Mantin di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, V Ravichanthiran, 30, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusoff Awang, berkata mangsa yang bekerja di sebuah kuari berhampiran bandar Nilai dipercayai mahu melintas landasan kereta api berkenaan dan tidak menyedari sebuah komuter menuju ke arahnya.

“Mangsa yang masih bujang dipercayai menggunakan jalan pintas melalui landasan itu untuk pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran kawasan itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.