klpost

Pegawai kastam diserang dengan ‘molotov cocktail’

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

JOHOR BAHRU 12 Sept. – Tindakan kastam negeri menjalankan serbuan dan rampasan rokok seludup dipercayai menjadi punca dua pegawai mereka ‘diserang’ dengan molotov cocktail dalam dua kejadian berasingan di Taman Pelangi dan Taman Sri Pulai Perdana, awal pagi ini.

Dalam kejadian di Jalan Biru, Taman Pelangi, Timbalan Pengarah Kastam Johor, Ahmad Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika hendak menyelamatkan keretanya daripada terbakar apabila menyedari kereta jirannya terbakar angkara dilempar molotov cocktail.

Dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa yang berusia 54 tahun bergegas keluar sejurus mendengar letupan dari rumah sebelah yang didiami dua pegawai penguat kuasa kastam negeri. – Utusan