klpost

Pecah cermin bank dan rompak mesin ATM

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KOTA KINABALU: Tindakan enam perompak bertopeng melarikan sebuah mesin juruwang wang automatik (ATM) di sebuah bank di Alam Mesra Jalan Sulaman, dekat sini, menggunakan kenderaan Toyota Hilux, tidak berjaya, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian, kumpulan perompak terbabit dikatakan memecahkan cermin di tepi bank berkenaan sebelum dua lelaki yang memakai topeng masuk melalui cermin yang dipecahkan itu, jam 3.50 pagi.

Menurut sumber, dua lelaki terbabit kemudian mengikat sebuah mesin ATM di tengah menggunakan tali tunda sebelum pemandu kenderaan Toyota Hilux bersama tiga lagi rakan di dalam kenderaan itu cuba menarik mesin berkenaan. – Metro