klpost2

Patung lilin Shah Rukh Khan jadi tumpuan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PATUNG lilin Shah Rukh Khan (SRK), secara rasmi ditampilkan di Madame Tussauds Delhi, Rabu lalu.

Menerusi laporan india.com, patung lilin pelakon terkenal Bollywood itu dengan gaya tangan terbuka mendapat banyak perhatian daripada para pengunjung di hari pertama patung tersebut dirasmikan.

Patung tersebut mengenakan busana sherwani berwarna biru dan sangat mirip dengan Shah Rukh Khan

“Raja Romantik, Baadshah Bollywood telah masuk ke Tussauds Delhi,” umum pihak Madame Tussauds menerusi akaun Twitter.

Sementara SRK juga memberi respons dengan mengucapkan terima kasih dan gembira dapat ‘berada’ di Delhi.

Patung lilin SRK di Madame Tussauds Delhi ini bukanlah patung lilin pertama yang pernah dihasilkan. Sebelum ini, patung lilin figura berusia 52 itu pernah dihasilkan dan ditempatkan di Madame Tussauds London – Sinar