klpost

Pasangan kahwin dalam banjir

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

PENDANG – Ternyata banjir yang melanda tidak menghalang pasangan pengantin untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di rumah pasangan lelaki di Kampung Seberang Pendang semalam.
Ng Chang Chuan, 26, dan isterinya, Lim Kim Lee, 28, dari Kuala Kedah diarak menggunakan forklift sejauh 100 meter kerana kawasan rumah dan kampung terbabit dilanda banjir sejak kelmarin.

Menurut pasangan itu, mereka tidak menyangka hari bahagia mereka diraikan ketika banjir namun ia sama sekali tidak menghalang untuk majlis itu diadakan secara meriah.

Sementara itu, bapa pengantin lelaki, Ng Thai Iyang, 61, berkata, dia gembira kerana majlis perkahwinan anaknya berjalan lancar namun sedikit terkilan berikutan keadaan banjir menghalang beberapa saudara mara untuk datang meraikan majlis  berkenaan.

“Semua tetamu yang hadir perlu meninggalkan kenderaan mereka kira-kira 100 meter dan turut diangkut menggunakan jenangkat kerana paras air sudah mencecah 3 meter.

“Sebenarnya keadaan ini pernah saya alami 40 tahun lalu di mana ketika itu kakak saya juga berkahwin dalam keadaan banjir,” katanya. – SH