klpost4

PAS tidak menghargai nilai perpaduan sesama umat Islam

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PASIR PUTEH  –  Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk kepada desakan pelbagai pihak menarik balik amanatnya, nyata menunjukkan sikap pemimpin Pas yang tidak menghargai nilai perpaduan sesama umat Islam.

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) (Bahagian Operasi), Datuk Che Min Che Ahmad semasa ditemuramah oleh Utusan malaysia, berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu bermotifkan politik keperibadian dan tidak berlandaskan pendekatan profesional ke arah merungkai perpecahan sesama umat Islam di negara ini kesan daripada amanat tersebut.

Beliau berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga seolah-olah menyokong Amanat Haji Hadi dan meneguhkan semula pegangan ahli-ahli Pas terhadap amanat tersebut.

“Amalan memulau imam, memutuskan persaudaraan kerana perbezaan anutan politik, sembahyang dua imam dan sebagainya akhirnya melemahkan kekuatan umat Islam di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.