klpost

PAS bukan lagi untuk Islam dan DAP tentang Hudud

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

By Zainuddin Maidin

Kita dapat melihat perimbangan politik yang cuba dipertontonkan kepada umum oleh parti parti Pakatan Pembangkang dalam soal hukum hudud supaya ketiga tiga parti tidak dilihat sebagai bertolak ansur dan tetap berdiri diatas prinsip masing masing. Mereka cuba menunjukan perpaduan dalam pengasingan.

Umpamanya Pas telah pun melangkah kebelakang dari perjuangan sebuah Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan dalam pada itu DAP terus menekankan tentangan keras terhadap hukum hudud walaupun memahami bahawa Pas telah bertolak ansur untuk mengurangkan ketakutan bukan Islam.

Dalam kenyataan terbarunya Pengerusi DAP Karpal Singh menuntut supaya Pas memberhentikan membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendiriannya mengenai negara Islam kerana akan menjejaskan perjalanan ke Putrajaya.

Karpal merasa perlu untuk membuat kenyataan keras yang bersifat retorik semata kerana MCA telah berkesan dalam menakutkan masyarakat Cina terhadap hudud. MCA bertanya kenapa pemimpin utama DAP Lim Kit Siang dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng berdiam diri terhadap isu hudud dan hanya Karpal seorang sahaja yang ke hadapan.

Karpal meminta MCA supaya jangan membangkitkan pekara ini kerana menurutnya, Mursyidul Pas Nik Abdul Aziz telah pun memberitahu Muktama ke 57 Pas bahawa Pas sekarang memperjuangkan Negara Kebajikan dan bukannya Negara Islam.

Ini sesungguhnya satu langkah dinamik dan berani dipihak Pas demi untuk memelihara hubungan dengan rakan rakan komponennya dan untuk menjamin laluan ke Putrajaya.

Tentunya tolak ansur Pas ini adalah merupakan suatu taktik dan stratji yang telah diputuskan dan dipersetuji bersama dalam mesyuarat antara pemimpin pemimpin Pakatan Pembangkang dalam menuju pilihanraya. Yang penting berkuasa dahulu, masaalah diselesaikan kemudian.

Maka itu rakyat akan terus melihat bahawa setiap pemimpin parti parti Pakatan Pembangkang akan bercakap mempertahan kan dasar masing masing untuk mengekalkan keyakinan rakyat kepada parti mereka. Pengikut pengikut mereka yang kebayakannya fanatik, cauvanis , sempit fikiran dan tidak rasional akan mudah menerima retorik pemimpin mereka dan tindakan tindakan yang mempesonakan.

Umapamanya Pas di Selangor menuntut pengasingan lelaki dan perempuan dalam panggung wayang( apa hal kalau suami isteri?) dan walaupun dibantah oleh DAP tetapi Pas dapat memberitahu pengikutnya bahawa ia telah melaksanakan tanggungjawabnya tetapi dihalang oleh DAP. Sabar ! Kita tunggu berkuasa nanti.Takbir! Takbir! Takbir!

Ahli ahli DAP pula bergetar perasaan mereka bila sesekali Karpal Singh menghentam keras Pas kerana perjuangan negara Islamnya terutama dalam soal hudud tetapi yang berkuasa dalam DAP bukannya Karpal Singh.Maka itu Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong mempersoalkan kebisuan Kit Siang dan anaknya.

Sebenarnya isu hudud ini senjata yang sangat berkesan kepada MCA untuk memulihkan imej politiknya. MCA mesti berkerja lebih kuat lagi dan dengan penuh gigih bagi menerangkan malapetaka yang akan menimpa masyarakat bukan Islam jika Pas berkuasa. Pendekatan kolot dan tidak mengambil kira masyarakat bukan Islam yang dilakukan di Kelantan, itulah yang akan dipaksakan oleh Pas keatas DAP bila berkuasa kelak dan Paslah yang pastinya akan menjadi Perdana Menteri bila sampai di Putrajaya..