klpost

PAS akan membenarkan seorang bukan melayu jadi Perdana Menteri

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Bukan main kecoh lagi diperkatakan bahawa PAS akan membenarkan seorang bukan melayu jadi Perdana Menteri didalam Malaysia. Dan hingar bingarlah semua yang mengaku pejuang melayu kerana bagi mereka hanya melayu yang layak jadi Perdana Menteri.

Saya terfikir sejenak, sejak bila pula perlembagaan negara menetapkan hanya bangsa melayu sahaja layak jadi Perdana Menteri didalam Malaysia? Dan sejak bila pula melayu jadi insan terpilih?

Kita tak mahu melayu hanya bangga dengan ketuanan bangsanya sahaja. Melayu harus bangga dengan Islam dan mengakui bahawa Islam itu hebat dan unggul tanpa membuang bangsa yang lain didalam negara.

Oleh itu, Perdana Menteri negara ini tak semestinya orang melayu. Mahathir bukan Melayu pun. Mamak. Tapi dia pernah jadi PM.

Yang rakyat pentingkan sekarang adalah integriti. Tidak rasuah. Bijak mengurus ekonomi. Itu yang utama. Bukannya asal dia Melayu, dia layak jadi PM. Itu tak betul. Bukannya dia layak sebab dia Melayu semata-mata.

Pas pada saya tak perlu nak masuk sangat dalam debat ni. Ini semua debat untuk pancing kita untuk bertelagah dengan DAP. Itu sahaja. Kalau Pas bertelagah dengan DAP, ini akan menunjukkan Pas tak ada kesefahaman didalam Pakatan Rakyat.

Saya berpendapat, masanya sudah tiba untuk PAS mengeluarkan kenyataan bahawa Pas sedia terima pemimpin daripada bangsa mana sekalipun.

Kalau Maximum Ongkili, orang Sabah, ada integriti dan ditakdirkan masuk Islam, Pas boleh letak dia sebagai pemimpin. Itu tak menjadi masalah. Joseph Pairin pun kita sanggup terima, asal dia masuk Islam dan ada integriti.

Kita jangan terpedaya dengan perangkap yang dipasang oleh musuh Pakatan. Ini semua nak gaduh-gaduhkan kita dengan Dap.

Tak kisahlah jika Lim Guan Eng sekalipun jadi Perdana Menteri.., kalau dia masuk Islam, kita akan letak dia sebagai PM. Tiada masalah langsung dengan hal tersebut. Inilah seharusnya menjadi prinsip Pas dan seterusnya menunjukkan pemikiran baru politik Islam.

Pas harus membuka jalan kearah ini. – Oleh Duratul Adani (utaranews)