klpost

Parang di leher, peluru di dada

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR  –  Seorang remaja bersenjatakan parang mati ditembak polis dalam satu cubaan merompak sebuah pasar raya 24 jam di Taman Sri Rampai di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata dalam kejadian 4.40 pagi itu, remaja berumur 19 tahun berkenaan bersama seorang lagi suspek tidak menyedari tindakan mereka diperhatikan polis yang membuat rondaan di kawasan itu.

Beliau berkata ketika kejadian, seorang daripada mereka mengugut juruwang pasar raya itu dengan meletakkan parang di leher mangsa sehingga menyebabkan kecederaan ringan.

“Apabila kedua-dua suspek menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” kata Khairi ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, seorang daripada suspek terkena tembakan yang dilepaskan polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.- Bernama/SH.

 

(gambar untuk tujuan illustrasi sahaja)