klpost

Pandelela mara ke final – London Olimpik 2012

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

London – RATU terjun negara Pandelela Rinong menghidupkan harapan Malaysia untuk memburu pingat kedua Sukan Olimpik 2012 dengan mara ke final acara 10m platform individu wanita, sebentar tadi.

Penerjun dari Sarawak ini menduduki tangga kelima pada pusingan separuh akhir.

Pandelela, yang beraksi dalam Olimpik keduanya selepas Beijing 2008, mengumpul 352.50 mata untuk mara ke final sekali gus merealisasikan impian negara yang ingin meraih emas pertama buat negara.

Dalam acara diadakan di Pusat Akuatik di sini, penerjun berusia 19 tahun itu akan bersaing di pentas akhir yang akan berlangsung pukul 2 pagi waktu Malaysia, esok.

Bernama melaporkan bahawa selepas menduduki tempat kedua pada pusingan awal semalam, Pandelela yang beraksi buat kali kedua pada temasya Olimpik, gagal beraksi baik pada terjunan pertama hari ini iaitu ‘forward 3 1/2 somersault’ dan keempat melibatkan ‘Inward 3 1/2 somersault’.

Beliau mengutip, masing-masing 67.50 dan 67.20 mata bagi kedua-dua disiplin tersebut.

Penerjun China, Chen Ruolin masih mendahului acara itu dengan kutipan 407.25 mata.

Hanya 12 penerjun teratas akan beraksi di peringkat akhir.

Senarai atlet bersaing di final:

1) China, Chen Ruolin 407.25

2) Kanada, Benfeito Meaghan 359.90

3) AS, Broben Brittany 359.55

4) AS, Wu Melissa 355.60

5) Malaysia, Pandalela Rinong 352.50

6) Rusia, Koltunova Yulia 351.90

7) Jerman, Steuer Christian 339.90

8) Kanada, Filion Roseline 329.60

9) China, Hu Yan 328.25

10) Itali, Bakti Noemi 325.45

11) Mexico, Espinosa Sanchez Paola 317.10

12) Ukraine, Prokopchuk Iluliia 315.80