SK

Pakatan Rakyat Satu Manifesto – Anwar Ibrahim

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kuala Lumpur (May, 14) Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan hanya menggunakan satu manifesto sebagai tawaran mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, kerajaan yang ditadbir Pakatan boleh menambah perkara tertentu dalam manifesto berkenaan di peringkat negeri masing-masing.

“Walaupun negeri-negeri boleh tambah mengenai isu negeri, Pakatan Rakyat hanya ada satu manifesto,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan gabungan parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata kebanyakannya sudah dibereskan.

PAS pula sudah menyelesaikan “90 peratus” agihan kerusi itu, kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media sama.

Katanya agihan kerusi itu dijangka siap dalam tempoh kurang seminggu, namun pembahagian kerusi di Sabah dan Sarawak masih memerlukan lagi perbicangan.