klpost4

Pakatan hilang sokongan, Penyokong tegar melangkah keluar

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

GEORGETOWN  –  Penyokong-penyokong tegar Pakatan Pembangkang (PR) di Pulau Pinang mula memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) berikutan hilang kepercayaan kepada kepimpinan pakatan berkenaan.

Bekas, Roslan Rahman Shah berkata, beliau keluar daripada PKR sejak dua tahun lepas setelah mendapati PR gagal menunaikan janji-janji mereka kepada pengundi terutama orang Melayu di negeri ini.

“Waktu mereka mahukan undi kita, macam-macam mereka janji tetapi selepas menang langsung tidak peduli rakyat terutama di akar umbi,” katanya kepadapemberita selepas jamuan tengah hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  bersama masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Roslan berkata beliau dahulu menyertai PKR bersama Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (anggota parlimen Bayan Baru) kerana yakin PR mampu membantu dan membela nasib rakyat.

“Masa itu pemimpin Umno agak teruk dalam kebajikan rakyat tetapi bila dalam PKR, saya rasa ia lagi teruk dari Umno. Saya keluar PKR kerana ingin membantu rakyat Pulau Pinang.

“Saya lihat Perdana Menteri membawa konsep “Janji Ditepati” dan ia membuktikan adanya kebangkitan dan kesedaran untuk Umno membantu kebajikan orang Melayu dan semua bangsa,” katanya.

Sementara itu, Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP) yang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, meminta kerajaan pusat meningkatkan pengawalan akidah umat Islam di Malaysia bagi mengawal kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).  –  Bernama