Administrator

Padah muat naik gambar di media sosial

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PENIPUAN seorang lelaki yang mengaku kononnya mengalami kecederaan belakang untuk mendapatkan pampasan sebanyak £150,000 akhirnya terbongkar.

Ia ‘kantoi’ selepas gambar aksinya sedang mengangkat besi, telah dirakamkan di sebuah gim, menurut laporan media Britain.

Susulan penipuan itu, Curt Gorog, yang juga ahli bina badan dan berasal dari Huddersfield, diarahkan membayar semula wang sebanyak £35,000 .

Dia membuat tuntutan kononnya menjadi kurang upaya akibat kecederaan pada 2012 dan mendakwa terpaksa menggunakan kerusi roda.

Namun kamera di sebuah gim memperlihatkan sebaliknya malah gambar daripada media sosial juga menunjukkan Gorog bergaya bersama kereta Mercedes baru.

Meskipun dia mendakwa kenderaan mewah itu milik kekasihnya, namun siasatan telah dijalankan. Ini kerana terdapat keraguan kekasihnya boleh membeli kereta berkenaan memandangkan dia hanya pekerja di sebuah tadika.

Berikutan itu, syarikat insurans mendapati dia sebenarnya menipu termasuk menggunakan kerusi roda bagi mendapatkan pampasan.Selepas siasatan dijalankan, Gorog telah didakwa di mahkamah kerana menipu dan Mahkamah Manchester memutuskan dia perlu membayar £35,000. – mynewshubb.cc