klpost2

Padah judi RM26, lapan geng dicekup

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA TERENGGANU  –  Lapan geng sekampung dari Kampung Gong Kassim, Merchang, Marang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan bermain judi daun terup dengan pertaruhan wang RM26.

Tertuduh berusia antara 17 hingga 31 tahun itu mengaku bersalah bermain judi daun terup di dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Kassim, Merchang, Marang, kira-kira jam 1.15 pagi, pada 14 Disember lalu.

Menurut Sinar Harian, mereka didakwa di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1990) dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun yang sama.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 30 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum yang akan disebut semula di Mahkamah Majistret Marang dan membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.