klpost2

‘Osama meletup sempena tahun baru’

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

MANILA – Polis Filipina merampas sejumlah mercun termasuk yang dikenali sebagai Osama Laden di Quezon, utara Manila kelmarin.

Ia dirampas daripada beberapa vendor sebagai usaha untuk menghalang penggunaan mercun gergasi secara haram menjelang sambutan Tahun Baru.

Letupan mercun telah menyebabkan beberapa orang terbunuh ketika sambutan tahun baru diadakan sebelum ini.

Bunyi kuat mercun itu dikatakan boleh menjauhkan roh jahat dan membawa tuah pada tahun baru.

Osama yang merupakan bekas ketua rangkaian Al-Qaeda mati ditembak oleh komando Amerika Syarikat di sebuah rumah yang dijadikan tempatnya bersembunyi di Abbottabad, Pakistan pada Mei tahun lalu.  – kosmo