klpost

Orang Selama bantah bendera PAS diturunkan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Selama – Warga Selama turun beramai-ramai  mempertahankan  bendera PAS dari diturun oleh kakitangan majlis daerah tempatan dengan kawalan keselamatan dari pihak polis.

Mereka mengungkit serta mempertikaikan bendera UMNO yang digantung merata-merata tanpa diganggu dan usik malahan dijaga rapi lagi.

Mereka  berkata, kalau nak turunkan bendera PAS, tidak menjadi masalah tetapi dengan syrat, turunkan sekali bendera UMNO.

Pada mulanya ada berlaku sedikit ketegangan  tetapi akhirnya para petugas Majlis Daerah Selama yang menerima tekanan dan arahan dari pihak tertentu,  akur dengan desakan dan permintaan  orang kampung.

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada warga Selama yang berani dan cekal mempertahankan hak dan keadilan.