klpost

Nora Danish fail saman terhadap Fasha Sandha

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Nora Danish fail saman terhadap Fasha Sandha
Kuala Lumpur
– Penganjur pertunjukan fesyen koleksi Aidilfitri, Glass Go Media sedia bertanggungjawab sepenuhnya atas salah faham yang tercetus sehingga menyebabkan perang siber antara dua selebriti Fasha Sandha dan Nora Danish pada majlis pelancaran Fenomena Aidilfitri 2017, 10 Mei lalu.

Pengarah Glass Go Media, Amir Rizuan Ali mengakui segala yang berlaku adalah disebabkan kesalahan dan kekeliruannya berpunca daripada pihaknya.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas salah faham yang berlaku. Bukan salah Fasha atau Nora. Semua yang berlaku adalah disebabkan kekeliruan saya sendiri namun saya tidak mahu memberi komen lanjut.

“Tiada istilah dihalau bagi pihak Fasha mahupun menarik diri (acara) daripada pihak Nora. Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan saya sendiri akan selesaikan dengan pihak Fasha,” ujarnya yang turut menyatakan akan mengadakan sidang akhbar sekali lagi berkemungkinan bersama pihak Fasha.

Kelmarin, Fasha memuat naik tulisan berserta gambar di Instagram mendakwa dirinya dihalau oleh seorang artis dari satu acara fesyen.

Rata-rata netizen beranggapan tuduhan tersebut ditujukkan kepada Nora terutama apabila Nora sendiri meluahkan kekecewaannya berkenaan hal itu di laman Twitter.

Sementara itu, Nora yang ditemui usai pertunjukkan fesyen koleksi raya jenama miliknya, Owl By ND di Publika, di sini hari ini telah memfailkan saman fitnah terhadap Fasha dan juga seorang penulis blog hiburan.

“Walaupun apa yang berlaku adalah disebabkan salah faham namun tindakan terburu-buru Fasha mengaitkan saya dalam tulisan berserta gambar di Instagram miliknya telah memberikan kesan yang buruk terhadap diri dan jenama fesyen saya.

“Selama ini saya banyak mengambil pendekatan berdiam diri tetapi sekarang walaupun sudah berkahwin, saya tetap menerima kecaman daripada dia. Saya perlu menjaga maruah suami dan keluarga,” tegas Nora.

Nora yang cukup dikenali menerusi drama bersiri Puteri itu diminta mengulas mengenai kenyataan Fasha Sandha menerusi Instagram kelmarin yang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. – Kosmo