SK

Nizar Buat Kejutan Tampil Ke Ceramah UMNO

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR (14 Mei) : Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin membuat kejutan dengan tampil ke ceramah Umno dan duduk di meja utama bersama panelis di Tualang Sekah, Kampar, 13 Mei lalu.
Melalui kiriman di twitter, Nizar memberitahu, dia duduk di meja utama ceramah anjuran Umno bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’.
“Saya menghadiri ceramah Umno menggodam saya di Tualang Sekah, Kampar oleh YB Datuk Shaarani dan Hanafiah Man. Mereka panik dan pucat,” tulis Nizar.
Ceramah tersebut diadakan berhampiran ceramah Pakatan Rakyat yang juga diadakan di Tualang Sekah, dekat situ.
Tindakannya itu membuatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Tampan, Shaarani Mohamad; Ketua Umno Bahagian Kampar, Radzi Manan dan Editor Agenda Daily, Hanafiah Man tergamam.
“Masa saya sampai, Hanafiah tengah godam saya. Bila nampak saya menjelma, mukanya pucat dan terus tukar topik.
“Dia tengah asyik fitnah saya. Tiba-tiba terkejut panik bila tengok saya berada di pentas depan, terus dia tukar topik isu Ambiga,” tulis Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi.- Keadilan Daily