klpost2

Niat juruteknik berahi terbongkar, sanggup rakam video mandi anak sendiri

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Seorang juruteknik telah menyembunyikan telefon bimbitnya dengan membiarkan ia dalam mod rakaman di bawah sinki bilik air bagi merakamkan anak tiri perempuannya yang berusia 11 tahun mandi. Beliau kemudiaan menyimpan fail rakaman tersebut ke dalam thumbdrive.

Empat bulan kemudian, ibu kepada budak perempuan itu secara tidak sengaja mahu menggunakan thumbdrive tersebut dan terkejut melihat video yang tersimpan di dalamnya.

Beliau kemudian membuat laporan kejadian itu kepada polis.

Pada Khamis lalu, lelaki berusia 34 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan kerana menceroboh hak-hak peribadi anak tirinya itu ketika mandi.

Mahkamah mengarahkan identiti mangsa tidak didedahkan.  – onenewshub