SK

Negeri Selangor Menjadi Pusat penyebaran Wabak Penyakit – Ketua Pemuda MIC Selangor

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KLANG (Mei-23) Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger telah melancarkan Kempen Bersihkan Negeri Selangor pada 19hb Mei 2012 dengan kerjasama Persatuan Prihatin India Dinamik Selangor dan Persatuan Penduduk Kampung Jawa.

Seperti sedia maklum, masalah kutipan sampah di Selangor sangat serius, sehingga menyaksikan kemarahan rakyat di seluruh pelusuk negeri, sesuatu yang luarbiasa berlaku sejarah sebuah negeri maju seperti Selangor.  Apatah lagi, ia sekarang diangkat sebagai “Negeri Berkebajikan” Kata Ketua Pemuda MIC Selangor.

Tahap kecekapan Kerajan Negeri dalam menguruskan isu sampah tidak memuaskan Persatuan Penduduk dan juga NGO-NGO yang terlibat hari ini.  Masalah sampah yang menimbun seperti bukit, sehingga Negeri Selangor Menjadi Pusat penyebaran Wabak Penyakit akibat daripada Kerajaan Selangor kurang mahir dalam pengurusan sisa.

Beliau juga memberitahu pada tahun ini sahaja Selangor merekodkan 9202 kes denggi dengue dengan kematian 20 orang, ini juga merupakan kenaikan 21 peratus dari tahun lepas.

Shanker juga mencabar Menteri Selangor, Adun Sri Andalas dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk turun padang membersihkan Negeri Selangor.

Ketua Pemuda Selangor juga memberitahu setelah mereka memasukan dalam FaceBook, didapati dari 6:30 malam sampai pagi Sabtu MBSA tengah buat kerja. “Bila kita ada baru nak buat kerja. So selama ni kerajaan negeri Selangor buat apa? So negeri kebajikan tapi kesihatan tidak dijaga. Negeri kebajikan apa benda ni?”

Persoalanya , Apakah punca  masalah kutipan sampah ini boleh berlaku?

Perkara asal  ini berbalik kepada perlantikan kontraktor-kontraktor berkelayakan. Apakah kerajaan negeri gagal memenuhi spesifikasi kelayakkan?  Jika tidak mahir sekalipun, modus operandi yang pernah dilaksanakan olek kerajaan BN dahulu sudah cukup untuk mengelak dari berlakunya masalah kutipan sampah. Apakah Pemimpin Kerajaan Negeri leka terhadap kesihatan dan juga kesejahteraan Rakyat? Kata Shanker Raj

Persempadanan semula kawasan kutipan yang lebih kecil  menyebabkan kontraktor yang sedia ada tidak dapat beroperasi dengan margin keuntungan munasabah.  Pengecilan kawasan ini bermakna, banyak kawasan-kawasan baru diwujudkan.  Apakah ini strategi untuk kerajaan negeri meningkatkan lagi penyertaan kroni mereka dalam perniagaan ini?  Apakah kita boleh katakan  Kerajaan Mengamalkan Konsep FOC iaitu “Free For Cronie” ?

 Pembelian 50 buah lori sampah membawa jumlah keseluruhan RM12.5 juta, wang rakyat yang digunakan bagi menampung tindakan kurang bijak dalam  urustadbir kerajaan negeri perkara ini membimbangkan kami.  Sedangkan, pembelian tersebut belum tentu menjamin penyelesaian masalah.  Apakah kerajaan negeri melantik kontraktor-kontraktor yang tidak mempunyai lori sampah, ini  menunjukkan Fikiran Kurang bijak  Pemimpin kerajaan negeri dalam mengurustadbir Selangor Darul Ehsan.  Menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya untuk menyelesaikan ketidakupayaan pentadbiran adalah bukti tidak wujud efektif dan efisiensi.  Mekanisma ini, sekiranya terus dipraktikkan, akan menyebabkan kehilangan wang rakyat yang banyak.

Apakah mereka mengkaburkan mata Rakyat Selangor apabila mengumumkan index kewangan Negeri meningkat? Bukankah ia berbau nakal penjualan aset-aset kerajaan negeri menjadi punca utama perolehan wang dalam kerajaan negeri .  Konsep jual dan untung ini bakal menyaksikan negeri Selangor ini tergadai  nanti.Mungkin itulah maksud “Urustadbir Berwibawa” dalam manifesto kerajaan Pakatan  pada 2008.