klpost

Nama Jupe semakin panas – Zed bongkar kemasukan Julia

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

sepertimana yang diumumkan beberapa jam tadi bahawa Presiden Seniman, Zed Zaidi bakal mendedahkan sesuatu yang tergempar tentang Julia Perez.

Sebentar tadi, pendedahan yang dibuat oleh Zed Zaidi ialah kemasukkan Julia Perez aka Jupe ke sini bagi menjalani penggambaran filem di  sini sebenarnya tanpa permit.

Di dalam Twitternya Zed menulis;

.
.
.
..
..

.
.

.
.

 

 

 

 

 

 
Sejak beberapa hari lalu pelakon seksi itu berada di sini bagi membintangi filem terbaru arahan pengarah Murali berjudul Sumpahan Malam Pertama dan penggambaran dijalankan di Pulau Pinang.

Nama Jupe semakin panas dan menjadi bualan ramai peminat Malaysia ekoran status di Twitternya yang mengkritik kualiti drama Malaysia. Lantas tercetusnya perang di antara dia dan Zed kerana masing-masing saling berbalas dengan kata-kata pedas.

Okay, kalau sudah kemasukan Julia Perez ke sini tanpa permit, seharusnya pihak produksi filem Sumpahan Malam Pertama juga harus bertanggungjawab mengenai hal ini dan mungkin boleh dikenakan tindakan tegas ke atas mereka.

Sebagai pelakon, kalau sudah ditawarkan berlakon apatahlagi boleh jadi ditawarkan pula dengan bayaran lumayan tentunya Jupe tidak menolak. Dan urusan membawanya masuk ke sini seharusnya atas tanggungjawab pihak yang mahu membawannya ke sini, bukan?

Menurut sumber ,setakat ini Zed tidak pula memberitahu sama ada pihak produksi filem berkenaan akan dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak Seniman sendiri. Namun Zed memaklumkan yang pihak pengawai Finas akan datang membuat serbuan di lokasi penggambaran di Padang Kota Lama, Pulau Pinang

–  MD