Saturday , 25 October 2014

Najib sedang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn di sini.

Najib yang juga Presiden Umno tiba di Menara Dato’ Onn kira-kira pukul 3 petang sebelum naik ke tingkat 39, tempat mesyuarat itu diadakan.

Turut hadir pada mesyuarat bulanan itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno yang lain.

Mesyuarat mendapat liputan meluas pihak media cetak dan elektronik dengan anggota media mulai berkumpul di perkarangan bangunan itu seawal pukul 2 petang.- Bernama (SH)

 

Scroll To Top
banner