SK

Najib Perlu Berani Menjadi Saksi Perbicaraan Kes Scorpene

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PARIT BUNTAR 19 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berani menjadi saksi perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis bagi membuktikan dirinya bukan seorang pengecut, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, Najib juga perlu hadir kerana terdapat sapina terhadapnya sebagai saksi yang turut dibabitkan bersama Abdul Razak Baginda dan beberapa nama lain.
“Sekiranya beliau benar-benar yakin tidak terlibat dalam dakwaan kes isu Scorpene, Datuk Najib tidak perlu takut dalam menegakkan kebenaran.

“Mudah saja, hadir dan berikan keterangan sebagai saksi. Ini bukan perkara sukar untuk dilakukan kecuali adanya sesuatu kebatilan yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat negara ini, ” tegasnya ketika berucap di Dataran Rakyat, Pekan Tanjong Piandang di Parit Buntar, Perak malam semalam.

Berucap di hadapan kira-kira 10,000 penyokong Pakatan, Anwar berkata Najib tidak boleh memperbodohkan Mahkamah Perancis sepertimana yang dilakukan terhadap sistem keadilan di negara ini.

“Jika dalam negara beliau boleh menolak dengan mentah untuk menjadi saksi, tetapi perbicaraan di mahkamah luar negara, tidak boleh ia perbodohkan sepertimana yang dilakukan di sini,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusoff Rawa, Pengerusi KEADILAN Perak, Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kepimpinan PR Perak.