SK

Najib dan Anwar Perlu Berdebat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kuala Lumpur (Mei,23) Najib dan Anwar Perlu Berdebat . Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib perlu berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ibrahim untuk menjernihkan keadaan dan mencari satu konklusi yang diterima semua pihak.

Najib dan Anwar Perlu Berdebat
Debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini diantara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia bakal menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU – 13 nanti .

Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar Anwar dan Najib agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menerangkan rangka dasar parti masing-masing sebelum menjelangnya PRu – 13.

“Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 pula di UK, dan di negara kita pula, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar dapat muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum,” pinta beliau sebelum menutup Debat Sinar Harian yang berlangsung dengan jayanya.

Cabaran yang dilemparkan beliau itu telah disambut baik oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang jumlahnya sekitar 400 orang hadirin. Debat Sinar Harian yang berlangsung selama 90 minit itu telah menyentuh soal “Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi”.

Pagi tadi, Anwar sekali lagi telah mencabar Najib untuk berdebat secara umum mengenai pilihan raya bersih dan adil. Beliau berkata demikian selepas menghadiri perbicaraan atas pertuduhan menyertai perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu .

Debat Yang Berlangsung Dengan Jayanya

Dalam sesi debat tersebut, Maszlee sebagai moderator program berkata, dakwaan yang menyatakan debat merupakan budaya barat dan tidak sesuai dengan budaya di negara ini, disifatkan sebagai penghinaan kepada rakyat Malaysia. Menurutnya, debat adalah penghargaan kepada akal fikiran dan cara rakyat berfikir dalam usaha mewujudkan politik yang lebih matang dan bertamadun .

“Debat hanya untuk mempertahankan idea dan memastikan idea yang dilontarkan itu dicabar. Bukan seperti ‘satu suara’ seperti dalam ceramah. Ini adalah sebuah medium untuk mendidik rakyat di peringkat permulaan dan diharapkan ia akan jadi politik baru selepas ini,” katanya .
Maszlee berkata, bagi mewujudkan politik matang dan bertamadun, rakyat memerlukan maklumat adil serta saksama dalam membuat pilihan tepat ketika mengundi .
Kita berharap agar Datuk Seri Najib menyambut cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat. Perkara ini sangat diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga Najib dan Anwar dapat memberikan penjelasan dan penerangan yang lebih terperinci dalam perdebatan kelak. – forblogger