klpost

Nahas bertukar kes bunuh

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Parit Buntar – Gara-gara laporan polis bercanggah, dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang mangsa kemalangan di Batu 6, Jalan Baharu, di sini pada 13 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pada mulanya kes kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan motosikal disiasat polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimanapun, Omar Bakhtiar berkata, berlaku percanggahan laporan polis dibuat suspek dengan hasil siasatan awal pihaknya di lokasi kemalangan, menyebabkan satu lagi kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibuka.

“Siasatan awal polis mendapati sebuah kereta Proton Iswara dinaiki dua lelaki berusia 16 dan 24 tahun dari arah Simpang Lima menghala Kuala Kurau, dikatakan terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh seorang penunggang motorsikal,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, mangsa, S Tamilrasan, 21, kemudiannya mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar. – Sinar Harian