klpost

Nafsu tidak kira umur,lelaki 90 tahun rogol 4 perempuan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

du_04.1BANGKOK – Seorang lelaki warga emas Australia berusia 90 tahun didakwa mengurung empat adik-beradik perempuan rakyat tempatan secara haram dan merogol mereka di rumahnya di utara Thailand.

Suspek dikenali sebagai Joseph Kraus Karl ditahan di rumahnya di Chiang Mai semalam selepas polis menerima aduan daripada bapa kanak-kanak terlibat.

Budak perempuan tempatan yang menjadi mangsa berumur tujuh, 11, 12 dan 14 tahun itu, mendakwa dicabul berulang kali selepas dipelawa melawat kediaman Karl pada 2008.

“Pada awalnya dia menafikan semua tuduhan dan hanya mahu memberi keterangan di mahkamah,” kata Kolonel Kritapol Yeesakorn.

Karl yang berhadapan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dilahirkan di Berlin sebelum mendapat kerakyatan Australia, namun polis berkata, dia ‘telah lama’ menetap di Thailand atas visa pesara. – AFP / Maklumat.my