klpost4

Nafsu keterlaluan, muat naik gambar bogel, guru tadika dikenakan tidakan disiplin

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

BANDARAYA MELAKA  –  Seorang guru tadika kini berdepan tindakan disiplin setelah dia didakwa menggunakan kemudahan komputer di tadika berkenaan untuk memuat naik video bogelnya.

Wanita berusia 48 tahun itu dikatakan melakukannya ketika bersembang dengan seorang kenalan laman sosial bulan lalu.

Perbuatannya itu terdedah apabila wanita berkenaan membuat laporan polis, kelmarin selepas kenalannya itu mengugut akan menyebarkan video berkenaan sekiranya dia gagal memberi sejumlah wang kepada lelaki berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Datuk Gan Tian Loo berkata, walaupun bersimpati dengan wanita berkenaan, tindakan disiplin tetap boleh dikenakan terhadapnya kerana menyalah guna kemudahan disediakan.  –  SH