klpost

Monyet londeh bikini model hingga payu dara tertonjol

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

Nak pakai sangat bikini atau baju mandi seksi. Tak pasal-pasal monyet pun berkenan sehingga dilondehnya bikini tu. Monyet yang ‘bogel’ tu pun reti ‘nak ajar’ orang yang suka pakai baju tak cukup kain tu, kasi mereka malu sikit.

Penulis WarkahDaily Online harap lepas ni ianya memberi pedoman buat yang suka pakai seksi-seksi tu agar hati-hati la lepas ni. Jangan bagi binatang ‘ajar’ korang untuk pakai pakaian cukup kain.

Menurut satu berita antarabangsa, seorang model yang juga pelajar dari Taiwan, Charmian Chen, tidak menyangka beliau dimalukan dua ekor monyet yang secara tidak sengaja bertindak menarik baju mandinya sehingga terlondeh dan mengakibatkan dirinya menjadi terkenal di internet.

Charmian Chen, pelajar berusia 22 tahun itu dilaporkan sedang bermain dan memberi makan jagung kepada monyet-monyet di Sacred Monkey Forest di Ubud, Bali ketika bercuti pada bulan lepas, namun beliau tidak menyangka tempoh percutiannya itu telah ‘dimalukan’ dua ekor monyet yang telah menarik dan ‘melondehkan’ baju mandinya sehingga memperlihatkan sebahagian dadanya.

Menurut Charmian Chen, kejadian itu berlaku apabila dua ekor monyet itu ingin mengambil biji jagung yang terjatuh dalam baju mandinya.

Meskipun Charmian Chen berusaha menghalang monyet itu bertindak demikian, namun salah seekor lagi monyet berjaya menarik baju mandi model berkenaan sehingga menyebabkan baju mandinya terlondeh dan menampakkan sebahagian payudaranya.

Keadaan itu menyebabkan Charmian Chen menjadi malu dan berusaha untuk menutupi bahagian dada yang terdedah dengan menggunakan tangannya.

Peristiwa yang memalukan itu telah membuatkan dirinya menjadi terkenal di laman-laman sosial dan web apabila gambar-gambar kejadian itu disiarkan di internet dan turut menjadi berita utama di Taiwan dan mendapat liputan dari web berita antarabangsa.

Turut dilaporkan ada syarikat-syarikat televisyen bertindak menawarkan model berkenaan untuk tampil dalam program bual bicara berkaitan kejadian itu.

Menurut Charmian Chen, beliau tidak menyangka kejadian ketika percutian itu menyebabkan dia menjadi terkenal. Ketika kembali ke Taiwan, beliau terkejut ramai telah menambahkan dirinya sebagai teman di Facebook.

Namun beliau tersedar selepas diberitahu ia berpunca dari gambar-gambar kejadian pakaiannya ‘dilondehkan’ monyet di Bali.

“Salah seorang dari mereka (rakan Facebook) memberitahu, mereka sudah melihat gambar-gambar (saya) itu dan saya benar-benar terkejut.

“Kemudian saya mendapat tahu selepas mendapat panggilan telefon dari stesyen televisyen.

“Saya sedang bercuti di Bali, jadi saya tidak keberatan. Tapi, selepas pulang ke Taiwan, saya mahu belajar, jadi saya tidak ingin menjadi terkenal hanya kerana payudara saya.

“Namun saya suka, orang mendekati saya dan berkata ‘you’re the monkey girl’ dan kejadian itu membuatkan saya tergelak,” kata Charmian Chen.

Menurut Charmian Chen lagi, monyet-monyet di Sacred Monkey Forest itu, selain sedang kelaparan, ia turut tertarik dengan pakaian mandi (bikini) yang dipakai para pengunjung.

“Saya menyangka, monyet-monyet itu menarik pakaian saya kerana ada jagung jatuh dalam pakaiannya,” beritahu Charmian Chen.

Tapi menurut kakitangan taman monyet itu, pengunjung yang berbikini cerah memang menarik perhatian monyet-monyet di kawasan berkenaan.

“Mungkin monyet itu menyangka bikini berwarna cerah itu adalah buah-buahan. Saya tidak tahu akan hal itu (sebelumnya), tapi saya amat terkejut ketika kejadian,” jelas Charmian Chen. – Warkah Daily