klpost2

Minah bawah umur bersensasikan lelaki dan kenderaan, dicekup

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

JOHOR BAHRU  –  Dua remaja perempuan bawah umur bersama pasangan masing-masing antara yang ditahan menerusi ‘Operasi Samseng Jalanan’ semasa sambutan Tahun Baru di Jalan Skudai di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superitendan Roslan Ali, berkata keterangan diambil daripada mereka sementara ibu mereka akan turut dipanggil.

Beliau berkata, remaja berumur 14 dan 16 tahun itu antara lebih 100 penunggang motosikal dan beberapa pemandu kereta yang diperiksa menerusi operasi bersepadu itu.

Operasi berhampiran Danga Bay itu dilakukan antara pasukan IPK, Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Rela dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Beliau berkata, penunggang motosikal yang diperiksa itu didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar sementara pemandu kereta didapati mengubah suai kenderaan mereka.

– BERNAMA