klpost

MIC Penang youth chief made RM20.45 million from AIMST University cafeteria ?

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

PETALING JAYA — PKR questioned today the award of a RM10 million contract to run the cafeteria at MIC-owned AIMST University to a party Youth leader, claiming it had resulted in millions of ringgit worth of revenue losses to the institution.

PKR national strategy and policy bureau secretary S. Gobikrishnan told a press conference here that the cafeteria was until 2006 run internally by the university but this was abruptly ceased on January 5, 2007.

As at 2006, he said, AIMST had registered revenue of RM3.28 million for its cafeteria business.

Citing documents provided by a whistleblower, Gobikrishnan said the cafeteria operations were then outsourced via direct award to Jaya Cafe Holdings Sdn Bhd, which lists MIC Youth treasurer and Penang MIC Youth chief J. Dhinagaran, his brother and two others as directors.

As a result of the award, Jaya Cafe recorded total revenue of RM20.45 million for three years from 2007 to 2009, he said.

“Why let go of a lucrative in-house contract and outsource it to an MIC Youth company?” Gobikrishnan asked.

Sehingga 31 Disember 2006, AIMST telah menguruskan kafetaria untuk staf dan pelajarnya sendiri dengan mencatat pendapatan sebanyak RM3.2 juta pada tahun 2006.
Kemudiannya perkhidmatan ini ditamatkan dan kontrak diberikan kepada Jaya Cafe tanpa tender terbuka pada 5 Januari 2007.

Jaya Cafe dimiliki oleh Dhinagaran bersama adiknya dan dua rakan yang lain.

Jaya Cafe mencatat RM20.4 juta pendapatannya dalam tahun 2007, 2008 dan 2009 dimana AIMST telah mengalami kerugian pada tahun-tahun tersebut.

Jaya Cafe juga, menurut kontrak telah dibenarkan untuk menyewa kawasan seluas 1,224 kaki persegi, namun semakan mendapati mereka telah mendapat kawasan seluas 8,652 kaki persegi tetapi hanya membayar sewa bagi 1,224 kaki persegi sahaja.

“Pada 2007, 2008 dan 2009 mereka hanya membayar sebanyak RM151,470 sahaja sedangkan mereka sepatutnya membayar RM1,019,079 menyebabkan AIMST kerugian sebanyak RM867,609 dalam bentuk sewa dalam tiga tahun tersebut.

“Lebih memeranjatkan lagi, Jaya Cafe telah dibayar lebih sebanyak RM498,185 untuk perkhidmatan kafetaria tersebut pada tahun 2007 dan 2008,” kata Gobikrishnan pada sidang media pada pagi ini.

“Kenapa kontrak jutaan ringgit ini ditawarkan tanpa kontrak terbuka? Ini kerana AIMST dibina dari geran yang diberikan oleh kerajaan.

“Bermakna ini adalah penyelewengan wang rakyat,” kata Gobikrishnan lagi.

Dia juga memberitahu juru audit bebas yang dilantik oleh MIC juga mempersoalkan tindakan AIMST, yang dimiliki oleh MIC, melantik pihak ketiga dan terus menerus menghadapi kerugian.

Juru audit itu juga menyarankan agar Maju Institute Educational Development (MIED) melalui MIED Capital Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki MIC agar mengambil alih kafetaria itu dari Jaya Cafe. – TMI