klpost

MIC dan MCA menghilangkan diri

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

UMNO Bahagian Batu yang telah berjaya mengadakan perhimpunan Agung perwakilan UMNO Bahagian Batu.

Mesyuarat hari ini di rasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin serta dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Wangsamaju yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri dan Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan serta ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional.

Dalam ucapan aluan Datuk Yahya Mat Ghani yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Batu pada majlis perasmian pagi ini, beliau meminta supaya ahli UMNO serta Barisan Nasional Bahagian Batu untuk sama-sama bangkit merampas kembali bahagian Batu yang telah tumpas di tangan PKR pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada parti-parti komponen kerana begitu cemerlang dalam menjayakan program-program di Bahagian Batu.Tapi apa yang menjadi kekecewaan beliau apabila MIC serta MCA tidak pernah memperlihatkan muka dalam mana-mana program di bahagian.

Kita akan menghadapi PRU 13 tidak lama lagi, jika ini berterusan, adalah agak sukar untuk Barisan Nasional merampas kembali parlimen Batu.