klpost

Menyamar Sebagai Penjawat TNB, RM30K lesap

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

AMPANG  –   Dua beranak di Taman Mawar, di sini, berdepan detik cemas apabila tiga lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan saja meletakkan pisau pada leher malah mengikat tangan mereka sebelum melarikan barang berharga hampir RM30,000.

Menurut Artikel Metro, tragedi berlaku ketika suri rumah berusia 31 tahun itu berdua-duaan dengan anak perempuan remajanya yang berusia belasan tahun.

Mengikut mangsa, tiga lelaki berusia 20-an datang ke rumah mangsa menyamar pekerja TNB pada jam 3 petang, kononnya mahu memeriksa elektrik di dalam rumah mangsa.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memberi kebenaran lalu mereka berpura-pura membuat pemeriksaan dan apabila dia ke dapur, seorang suspek meletakkan pisau pada lehernya,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan kejadian tersebut.