SK

Menteri Pertahanan Malaysia antara saksi urusniaga Kapal Selam di Perancis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

France (May,17) Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

“Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

“Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan,” kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Breham (kiri) mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis. – DSAI Blog