klpost

Menteri Penerangan dijemput menghadiri Janji Bersih

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR – Gabungan Janji menjemput Menteri Penerangan, Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk turut hadir ke Dataran Merdeka meraikan Himpunan Janji Demokrasi sempena sambutan kemerdekaan pada malam ini.

“Gabungan Janji telah membaca kenyataan Menteri Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Sri Utama Rais Yatim tentang jemputan beliau ke Ambang Merdeka di Dataran Merdeka.

“Pada hemat kami, kenyataan Rais itu mewakili Kabinet dan kerajaan, Gabungan Janji mengalu-alukannya.

“Justeru, Gabungan Janji bagi pihak rakyat pula menjemput Rais untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka dengan memakai baju kuning,” kata gabungan itu dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, OCPD Zainuddin Ahmad berkata, Gabungan Janji gagal memberi notis 10 hari sebelum himpunan Janji Demokrasi dirancang berlangsung di Dataran Merdeka, malam ini.

“Kita yakin warga Malaysia berhak untuk berhimpun di ambang merdeka untuk merayakan merdeka tanpa memerlukan permit.

“Kami tidak akan mengganggu ambang merdeka dan perayaan hari merdeka, tetapi bersama-sama rakyat Malaysia merayakan kemerdekaan,” tegas kenyataan tersebut membidas perkara tersebut.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Janji Demokrasi, Maria Chin memaklumkan, himpunan Janji Demokrasi akan tetap diterusan seperti dirancang.

“Ya, Janji Demokrasi akan diteruskan jam 11 malam ini. Malam ini, kita kuningkan Dataran Merdeka,” katanya kepada Keadilan Daily sambil berpesan untuk mengikuti maklumat terkini, umum boleh melayari laman rasmi facebook Janji Demokrasi.

Himpunan Janji Demokrasi akan diadakan jam 11 malam ini serentak di Menara Jam, Melaka; Dataran Bandaraya, Johor Bahru dan Dataran Bandaraya, Ipoh -Keadilan

Sponsored ads

Click Here “MARKETING IS RUBBISH“– The BOOK EVERY ENTREPRENEUR Should Own