klpost

Menteri cadang lelaki buang air kecil sambil duduk

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

TAIPEI: Penduduk lelaki di Taiwan digesa duduk ketika membuang air kecil sebagai usaha menjaga kebersihan tandas.

Gesaan oleh Menteri Alam Sekitar, Stpehen Chen itu bagaimanapun mencetuskan reaksi berbeza di kalangan orang awam.

Menurut Shen, dia sudah menjadikannya satu amalan dan mencadangkan lelaki lain mengikutinya agar tempat duduk tandas boleh digunakan oleh pengguna seterusnya. Sebahagian penduduk menyambut baik cadangan itu dan berkata, ia sepatutnya sudah lama dicadangkan.

Bagaimanapun, ada yang menyelar beliau.

“Ahli politik yang rosak otak. Mengapa birokrat alam sekitar itu tidak mula memakai skirt,” menurut mesej yang dimuatnaikkan dalam satu laman sembang Internet.

“Saya ingin melihat Shen dan Presiden Ma Ying-jeou menunjukkan cara kencing duduk menerusi tv,” kata seorang lagi pengunjung laman itu. – AFP