klpost

Menjejak 40-an dengan bergaya – Cameron Diaz

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KELIHATANNYA Cameron Diaz bercadang untuk memasuki usia 40-an dengan bergaya.

Aktres Charlie’s Angels itu yang akan meraikan hari jadi ke-40 dua hari lagi dilihat di butik Stella McCartney di New York, hari ini.

Dia mungkin mencari gaun yang sempurna menjelang hari istimewanya itu.

Wanita berambut perang itu yang kelihatan bergaya dengan seluar pendek denim, jaket warna krim dan kasut tanpa tumit disambut dengan mesra di kedai mewah yang dimiliki oleh anak perempuan anggota kumpulan The Beatles, Paul McCartney.
Sebelum itu, dia sibuk melakukan senaman pagi – yang kedua baginya dalam tempoh beberapa hari.
Cameron, yang dikaitkan dengan P Diddy untuk jangka waktu singkat ekoran perpisahannya dengan Alex Rodriguez, tetapi masih solo sekarang, baru-baru ini berkata, dia bersedia untuk menghadapi dekad seterusnya dalam kehidupannya.

“Semakin usia saya meningkat, saya lebih gembira kerana saya lebih matang, saya lebih mengenali diri dan boleh berhubung dengan orang lain secara lebih baik,” katanya kepada Access Hollywood awal tahun ini.

“Saya rasa dalam masyarakat kita, kita tidak menghargai generasi lebih tua kerana kita merasakan ia tidak baik hanya kerana penampilan telah berubah.

“Fikirlah, alternatif untuk menjadi tua (menuju kepada kematian). Saya rasa sangat bertuah kerana mempunyai kehidupan yang diberkati dan disayangi, jadi, saya menjalani kehidupan dengan sepenuhnya,” katanya.

Dia juga berkata, tubuhnya menjadi lebih baik dengan peningkatan usia kerana dedikasinya untuk kekal cergas.

“Pinggul saya benar-benar lebih montok berbanding ketika saya berusia 20 tahun.

“Perkara yang orang tidak fahami menjaga tubuh anda dan ia akan menjadi lebih baik,” katanya.

Cameron kini bersedia untuk berkongsi pengetahuannya selepas menandatangani untuk menulis buku mengenai nasihat gaya hidup dan kecergasan untuk wanita muda yang akan diterbitkan oleh Harper Collins tahun depan.

Dalam satu kenyataan mengenai projek itu, syarikat penerbitan terbabit berkata:
“Cameron mensasarkan untuk membabitkan diri dan menyuntik semangat wanita dan remaja perempuan dengan menunjukkan kepada mereka bahawa melalui pengetahuan yang betul mengenai tubuh, mereka boleh hidup gembira, sihat, kuat dan lebih baik.”

Aktres Bad Teacher itu juga mempunyai dua filem terbaru yang bakal ditayangkan iaitu Gambit, di mana dia berlakon di samping pemenang Oscar, Colin Firth dan drama Ridley Scott, The Counselor, tahun depan. – Metro