klpost

Menghina agama Hindu, Tamil Malar harus memohon maaf – Veeran

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Ipoh
– “Akhbar harian tamil, ‘Tamil Malar’ wajib memohon maaf kepada penganut agama Hindu di negara ini kerana memaparkan satu rencana di muka hadapan harian tersebut pada hari ini mempersendakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan kononnya beliau menari untuk rentak lagu filem Tamil ketika menunaikan hajat beliau di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam tahun ini,” kata Veeran, Ahli Exco MIC Perak ketika dihubungi Kuala Lumpur Post.

“Hasrat Tamil Malar jelas ingin menjatuhkan maruah Datuk Saravanan di khalayak umum dan menghina kepercayaan penganut agama Hindu,” tambah beliau.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Tamil Malar yang mempersendakan upacara membayar hajat (kavadi) yang telah mengguris perasaan penganut agama Hindu di negara ini,” tegas Veeran.

“Apa yang pelik adalah pemilik, pengarang dan majoriti pekerja mereka (Tamil Malar) adalah beragama Hindu. Tindakan ini bagai meludah ke langit.”

Veeran berpendapat penganut agama Hindu di Malaysia harus memboikot akhbar ini kerana mereka dengan sengaja telah melakukan satu penghinaan besar terhadap agama Hindu.