klpost

MCA minta semua pelajar tanpa mengira kaum merebut peluang ini

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

GEORGE TOWN  –  Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA telah memberi manfaat kepada 18 penuntut di Pulau Pinang untuk menyambung pendidikan tinggi mereka membabitkan jumlah RM575,000.

Setiausaha MCA Bahagian Tanjung Loh Chye Teik berkata skim itu terbuka kepada semua pelajar yang mengikuti program ijazah dan ijazah lanjutan di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

“Saya minta semua pelajar tanpa mengira kaum merebut peluang ini dan tidak menjadikan masalah kewangan sebagai penghalang untuk mendapat pendidikan yang lebih sempurna,” katanya di sini Isnin.

Menerusi skim itu pelajar boleh memohon pinjaman antara RM20,000 sehingga RM50,000 dan kadar faedah bagi tempoh lima tahun pertama ditanggung sepenuhnya oleh MCA.

Pelajar yang berminat boleh memohon secara dalam talian dengan melayari laman sesawang www.mca.org.my atau menghubungi pejabat MCA negeri di talian 04-2267827.

Beliau sebelum itu menyerahkan Pinjaman Pendidikan 1MCA kepada Goh Xuan Ling, 21, yang mengikuti jurusan kejuruteraan elektronik di sebuah universiti di Hull, England.

Pinjaman berjumlah RM35,000 itu disampaikan kepada ayahnya, Goh Kean Seng, 58, yang bersyukur masalah pembayaran yuran pengajian anaknya kini dapat diatasi.   – Bernama