klpost

MB Kelantan Nik Aziz menolong mangsa yang diganggu “API MISTERI”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KOTA BHARU – Meskipun telah menggunakan khidmat bomoh seramai 70 orang serta menghabiskan ribuan ringgit bagi membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.

Lebih mengejutkan lagi, belum sampai seminggu api misteri tersebut mengganggu keluarga itu, semalam gangguan tersebut datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat datang mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Menteri Besar Kelantan mengunjungi rumah berkenaan dengan tujuan bagi mengadakan solat hajat serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran untuk memohon Allah supaya dijauhkan gangguan tersebut daripada keluarga Zainab.

Malangnya kata Zainab, 75, api itu muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah sewaktu Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.

Bagaimanapun dalam kejadian kali tersebut, api itu tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah berkenaan sebaliknya hilang begitu sahaja.

Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu dalam menyelesaikan masalahnya sekeluarga.

“Sudah 70 orang bomoh saya guna bagi hapuskan gangguan itu, duit pula telah habis ribuan ringgit kami belanjakan untuk menyelesaikannya,”

Serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga terbabit bagaikan tiada penghujungnya sejak kali pertama berlaku 3 tahun lalu.

Dalam empoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, serta 3 cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui kebimbangan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.

Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga berkenaan terpaksa bersengkang mata apabila api misteri itu kembali mengganas dengan serangan antara 4 hingga 6 kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian. – Info Terkini @ forblogger