klpost4

Mazlan Aliman: Saya dapat tahu tentang hal ini dari akhbar.

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM  –  Presiden Persatuan Peneroka Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman tidak tahu menahu kejadian yang membabitkan Ketua Penerangan persatuan itu, Naraza Muda didakwa diikat dan ditahan ketika menyertai konvoi

Kembara Oren Selamatkan Felda di Felda Kampung Awah, Maran, Pahang, Sabtu lalu.

Menurut Mazlan, beliau setakat ini belum dimaklumkan apa-apa oleh mana-mana pihak mengenai kejadian itu.

Dalam kenyataan bergambar disiarkan Sinar Harian Selasa lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan mendakwa Naraza ditahan dan diikat kedua tangannya oleh pihak yang menghalang laluan konvoi itu di Felda Kampung Awah.

Katanya, keadaan hanya kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok, dilepaskan.

Sulaiman dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mengenai kejadian itu.
“Tidak ada sebarang kekecohan serius sepanjang kembara itu di Felda Kampung Awah, Jengka 23 dan Jengka 11,” pegawai polis itu dipetik sebagai berkata.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Maran, Datuk Ismail Muttalib juga turut menafikan berlaku insiden seumpama itu.

“Saya sudah bertemu dengan penduduk Felda Kampung Awah dan dimaklumkan, tiada hal seperti itu. Tidak ada orang yang ditahan, apa lagi diikat, ini semua tipu,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Pengerusi JKKK Felda Kampung Awah, Asri Mohd Dahan pula yakin tidak ada penyokong Barisan Nasional (BN) yang menyentuh peserta konvoi Kembara Oren apa lagi menahan dan mengikat anggota kumpulan itu.