klpost

Mayat warga emas ditemui di pusat pelupusan sampah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Mayat warga emas yang terbakar ditemui di tempat pembuangan sampah di Taman Putri di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mayat wanita berusia 63 tahun itu ditemui kira-kira pukul 8.05 pagi Jumaat selepas laporan diterima daripada orang awam.

Pasukan polis termasuk forensik dan unit K9 dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Mayat tersebut pada awalnya ditemui oleh seorang lelaki yang berada di kawasan itu untuk mencari cacing untuk umpan memancing,” katanya.

Beliau berkata, laporan bedah siasat menunjukkan bahawa tubuh wanita itu kira-kira 60 peratus terbakar dan tidak mempunyai tanda kecederaan lain.

Kata Azman, wanita itu tinggal bersama suaminya, ibu mertua dan anak lelaki manakala dua anak perempuannya menetap di Singapura. – mStar