Saturday , 23 August 2014

Mayat murid Tahun 1, dijumpai dekat Pam Pasir

IPOH: Mayat murid Tahun Satu yang lemas selepas terjerlus di dalam pasir di Sungai Kampung Dusun Hulu, Parit semalam ditemui pagi ini.

Mayat Mohd Azhar Daneil Mohd Azwar, 7, ditemui di kawasan Pam Pasir Hj Raof, Bota Kiri kira-kira jam 9 pagi, lima kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, mayat dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh pasukan polis, bomba, RELA serta penduduk kampung bermula dari tengah hari semalam, katanya.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Azhar Daniel dipercayai turun ke sungai untuk mandi.

Dua lagi rakannya selamat kerana mereka tidak turun ke dalam sungai bersama mangsa. – BERNAMA


Scroll To Top