klpost

Mayat berulat di dalam bilik berkunci

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Georgetown
– Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan berulat di bilik sewanya yang berkunci di Jalan Datuk Koyah di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mayat Abdul Sani Mat, 74, ditemui selepas pemilik rumah berkenaan mendakwa terhidu bau busuk dari bilik mangsa.

 Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata mangsa dipercayai sudah meninggal dunia antara empat hingga lima hari lalu.

“Pemilik rumah berkenaan memberitahu terhidu bau busuk dari dalam bilik yang disewakan sebelum terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan jenayah dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan tinggal seorang diri di bilik berkenaan sejak lima tahun lalu dan polis sedang mengesan warisnya. – BH Online