Sunday , 27 July 2014

Maut mencuri kabel

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel elektrik, membawa padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Taman Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mangsa yang berusia 40 tahun itu turut mempunyai beberapa rekod jenayah.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.
Dalam kejadian lain, seorang pekerja binaan warga Indonesia dikhuatiri lemas akibat terjatuh ketika memancing bersama rakannya di kawasan lombong di Taman Kampung Muhibbah semalam.
Mohan Singh memberitahu Bernama ketika kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Sain, 39, dipercayai tergelincir ketika hendak membetulkan tali pancingnya.

Katanya operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Jabatan Pertahanan Awam Malayaia dan pihak polis.  - Metro

 

(Gambar sebagai ilustrasi sahaja)

 


Scroll To Top