SK

Mati kena tikam sebab tak bayar hutang

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

GOMBAK, JUN 7, 2012: Seorang peniaga sayur lelaki warga Myanmar mati selepas ditikam di bahagian dada oleh rakan niaga apabila mangsa menuntut hutangnya dalam kejadian di Pasar Borong Selayang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 26 tahun dikatakan bergaduh dengan lelaki berusia 35 tahun di kawasan pasar terbabit sebelum suspek naik berang dan bertindak menikamnya di bahagian dada menggunakan pisau.

Difahamkan, pergaduhan itu berlaku selepas mangsa yang mempunyai dua anak menuntut hutang yang dipinjam beberapa bulan lalu dengan rakan niaganya sebelum keadaan menjadi kecoh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di dada kesan daripada tikaman.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis sudah mengenal pasti identiti suspek berusia 35 tahun itu dan gerakan memburu sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam. – BHO