klpost

Masyarakat India mengalami diskriminasi secara sistematik – Pendidikan & Kewarganegaraan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Selain isu IC merah, pendidikan adalah isu penting yang dipandang berat oleh masyarakat India. 80% daripada 523 buah sekolah Tamil berada dalam keadaan usang dengan tiadanya latihan sukan, tempat rekreasi, komputer, perpustakaan dan lain-lain kemudahan yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan. Manakala 99% daripada sekolah Tamil tidak mempunyai taska berbanding dengan 99% sekolah kebangsaan yang mempunyai taska.

Pada tahun 1957, terdapat 880 buah sekolah Tamil manakala pada tahun 2011, ia telah dicatatkan bahawa terdapat hanya 523 buah sekolah Tamil. Dalam 523 buah sekolah ini, hanya 154 buah sekolah Tamil diberikan bantuan kewangan sepenuhnya dari kerajaan, manakala 369 buah sekolah diberikan separa bantuan. Sekolah Tamil terbesar dalam negara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Lima, Klang mempunyai 2407 orang pelajar.

Akan tetapi pada yang sama, terdapat 159 buah sekolah Tamil yang mempunyai kadar enrolmen yang sangat rendah; iaitu kurang daripada 50 orang pelajar. Pecahan tersebut dapat dilihat seperti ini. Di 13 buah sekolah, terdapat kurang daripada 10 orang pelajar. Di 56 buah sekolah, terdapat kurang daripada 25 orang pelajar manakala di 90 buah sekolah terdapat kurang daripada 50 orang pelajar. Walaupun negara ini mempunyai 108, 000 pelajar masih belajar dalam sekolah Tamil akan tetapi pada masa yang sama, secara purata, hanya 201 orang pelajar yang sedang belajar dalam satu sekolah. Hal ini dinayatakan dalam sebuah laporan Suhakam, yang melaporkan 60.6% sekolah Tamil mengalami keadaan kekurangan enrolmen yang tinggi berbanding sekolah Cina 38.2% dan sekolah Kebangsaan 25.2%.

Seksyen 28 United Nations Convention on the Rights of the Child menyatakan

(1) States Parties recognize the right of the child to education, and with a view to achieving this right progressively and on the basis of equal opportunity, they shall, in particular:

(a) Make primary education compulsory and available free to all;

Kerajaan telah menerima Konvensyen pada 12 April 2012 manakala menurut Seksyen 29A Akta Pelajaran 1996 menyatakan

(2) Every parent who is a Malaysian citizen residing in Malaysia shall ensure that if his child has attained the age of six years on the first day of January of the current school year that child is enrolled as a pupil in a primary school in that year and remains a pupil in a primary school for the duration of the compulsory education

(3) A parent who contravenes subsection shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Peruntukan tersebut menyatakan bahawa pelajaran di sekolah rendah merupakan suatu kewajipan dan setiap ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menghadiri sesi pelajaran di sekolah. Kegagalan ibu bapa untuk memerhatikan peruntukan tersebut akan menyebabkan ibu bapa tersebut dihukum di bawah peruntukan tersebut. Lantas, ia merupakan tugas kerajaan pusat untuk memastikan tiada kanak-kanak yang tertinggal dalam pembelajaran mereka. Konvensyen United Nations telah menyediakan peruntukan bahawa setiap kanak-kanak harus diberikan pelajaran dan pelajaran tersebut hendaklah pelajaran percuma. Tetapi apa yang nyata berlaku bagi kumpulan etnik India ialah kepentingan untuk mendapat pelajaran tidak dibela di bawah kerajaan BN.

Kes terkini kumpulan etnik India dinafikan hak mereka sebagai rakyat sah Malaysia melibatkan tiga orang pelajar kumpulan etnik India tidak diberikan hak untuk belajar apabila JPN menghalang hak mereka untuk menerima sijil lahir dan kad pengenalan walaupun mereka lahir dalam negara dan ibu bapa mereka adalah warganegara negara. Manakala dua orang anak yatim kumpulan etnik India telah diberikan surat lahir tidak berguna dari kempen My Daftar MIC. Dokumen tersebut adalah tidak berguna kerana dokumen tersebut tidak boleh dipakai untuk membenarkan dua pelajar tersebut untuk menghadiri sesi persekolahan. Kerajaan BN juga telah menafikan jumlah 300,000 kumpulan etnik India adalah tidak berwarganegara akan tetapi pada masa yang sama, gagal untuk berikan jumlah yang tepat untuk membendung situasi ini.

Situasi ini bertambah kritikal apabila “peruntukan” sebanyak RM 340 juta Kerajaan Najib tetap tidak membawa perbezaan bermakna kepada sekolah-sekolah jenis aliran tamil dalam negara. Contoh utama ialah Sekolah Jalan Tajol Tamil sehingga kini masih tidak mempunyai kantin, padang sekolah mahupun tandas berfungsi walaupun telah diberikan peruntukan. Sekolah Tamil St Helier, Bahau pula telah disahkan tidak selamat oleh Menteri Kerja Raya akan tetapi, sehingga kini tiada apa-apa yang telah dilakukan oleh mana-mana pihak untuk membaiki situasi tersebut.

Jadual 6 di bawah menunjukkan bahawa pelajar etnik India mmpunyai kadar enrolmen ke dalam universiti awam dalam negara. Pada tahun 2010, hanya 2.5% pelajar kumpulan etnik India yang berjaya mendaftarkan diri ke dalam universiti awam dalam negara. Ini menonjolkan suatu kebimbangan kerana ia mendapati kumpulan etnik India adalah ke belakang dari kumpulan-kumpulan etnik yang terbesar dalam negara iaitu etnik Melayu dan etnik Cina.

Jadual 6: Peratus Enrolmen Pelajar Dalam Universiti Awam di Malaysia

Pada bulan April yang lalu, sekumpulan individu terdiri daripada kumpulan etnik India telah mengadakan mogok lapar bagi memberi tekanan kepada MIC untuk mengembalikan tanah yang telah diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Tamil Effingham. Ini berikutan selepas pada tahun 2007, seorang ahli PIBG membuat laporan mendakwa tanah seluas tiga ekar diambil daripada mereka untuk pembangunan sekolah tersebut telah dipindahkan kepada MIC. Semenjak itu, orang ramai dan PIBG telah berkempan untuk memulangkan tanah itu untuk mendirikan sekolah tersebut. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN gagal dalam mempertahankan nasib pelajar kumpulan etnik India dalam mendapatkan keadilan dan kesamaan pelajaran. Ia juga menonjolkan bahawa kemelut yang dihadapi oleh kumpulan etnik India di anak-tirikan oleh Kerajaan BN dan seharusnya semua kumpulan etnik dalam negara berhak mendapatkan hak belajar yang saksama dan adil dan bukannya menganak-tirikan mana-mana kumpulan etnik.

Jadual 7 di bawah menunjukkan bahawa pendaftaran kursus oleh pelajar kumpulan etnik India mempunyai peratus yang paling rendah berbanding kumpulan etnik lain dalam semua kursus yang dinyatakan di atas. Peratus paling rendah adalah dalam pendaftaran kursus pergigian iaitu hanya sebanyak 42.3% pelajar kumpulan etnik India berdaftar. Kursus Farmasi melihatkan hanya 72.5% pendaftaran dari kumpulan etnik India. Ketiga terendah ialah pendaftaran kursus perakaunan iaitu hanya sebanyak 182.2% pendaftaran dari pelajar kumpulan etnik India. Pendaftaran kursus paling tinggi ialah pendaftaran kursus perundangan iaitu sebanyak 3710.1% namun ia tidak dapat menandingi jumlah pendaftaran dari kumpulan etnik Bumiputera iaitu seramai 22.160.2% dan 10528.6% dari kumpulan etnik Cina.

Jadual 7: Pendaftaran Kursus Pengajian Tinggi Menurut Kumpulan Etnik

Penutup Kata
Masyarakat India mengalami diskriminasi secara sistematik di bawah pemerintahan Kerajaan BN terutamanya dari segi kewarganegaraan dan pendidikan. Kehendak kumpulan etnik India untuk mendapatkan kewarganegaraan walaupun mereka lahir dalam negara sebelum dan selepas kemerdekaan mencerminkan kegagalan kerajaan BN dan slogan 1Malaysia janaan kerajaan BN.

Oleh itu, ia adalah sangat penting bagi masyarakat India untuk mendapatkan kembali hak mereka sebagai warganegara di bawah kerajaan Pakatan kerana ia sudah terbukti begitu lama bahawa hak, keperluan dan kehendak masyarakat India tiada dalam agenda penting dan dasar Kerajaan BN. Apabila Pakatan memegang tampuk pemerintahan pada peringkat persekutuan nanti, pendekatan berlainan harus diambil. Pendekatan kaum yang dipraktikkan oleh Kerajaan BN penuh dengan diskriminasi dan hanya membawa lebih banyak masalah. – Source:- merdekareview (editorial_bm@merdekareview.com)