klpost

Masjid dibakar unsur khianat

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

WASHINGTON: Sebuah masjid di barat Amerika Syarikat dibakar dipercayai serangan berunsur khianat iaitu kurang sehari selepas serangan yang menyebabkan kematian di kuil Sikh.

Pasukan bomba dan polis dikerah ke Pusat Islam Joplin, di Missouri jam 3.40 pagi waktu tempatan, iaitu kira-kira sejam sebelum umat Islam tempatan menunaikan sembahyang ketika Ramadan.

“Bangunan masjid musnah sepenuhnya,” kata Sharon Rhine, jurucakap pejabat Sheriff Jasper County.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Kejadian sama pada 4 Julai lalu di masjid sama apabila sebuah bom petrol dibaling oleh seorang suspek yang tidak dikenali dan terkena bumbung menyebabkan hanya kerosakan kecil. – AFP

(Gambar hanya hiasan)