Friday , 31 October 2014

Marina Mahathir pernah menggelar ulama sebagai DINOSAUR: Sokong hak individu untuk murtad

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

Bukan semua anak bekas PM mempunyai ruangannya sendiri dalam akhbar. Seorang anak bekas PM yang telah lama diberikan ruangan mingguan adalah Marina Mahathir. Beliau mula menulis dalam ruangannya itu yang bertajuk MUSINGS sejak bapanya PM lagi.

Marina seorang penulis yang gemar melahirkan pandangannya mengikut gerak hati tanpa membataskan dirinya pada sebarang pantang-larang, adat, kod etika dan apa-apa sahaja peraturan.

Hakikat ini pasti diperakui oleh sesiapa sahaja yang sering mengikuti ruangan beliau dalam akhbar THE STAR itu. (Seingat saya seorang lagi penulis seumpama itu adalah YM Raja Petra).

Saya sentiasa menganggap tulisan Marina sekadar sebagai bahan hiburan, kalau pun membacanya hanya untuk meneropong cara hidup, pemikiran dan isi hati seorang yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan memiliki kuasa.

Bila sahaja menyentuh bab agama, Marina dikira seorang yang sering berbangga dengan pentafsirannya yang tersendiri. Beliau lebih cenderung menggunakan logik dan menganggap agama itu perlu berputar mengikut peredaran zaman.

Marina pernah menggelar ulama sebagai DINOSAUR dan sebagaimana bapanya beliau tidak senang dengan peraturan-peraturan agama yang dikiranya dogmatik dan kuno.

Marina sentiasa mencetuskan kontroversi dalam tulisannya bukan kerana beliau seorang penulis yang hebat, tetapi mungkin kerana beliau anak bekas PM dan oleh itu menganggap dirinya diberi lesen besar untuk menyuarakan apa sahaja yang terlintas dalam kepala beliau.

Semalam secara sedar ataupun tidak Marina telah mencetuskan satu lagi kontroversi. Tulisan beliau semalam berbeza sikit dari yang biasa. Semalam tulisannya diolah seakan-akan beliau kononnya seorang makhluk asing yang mendarat di Malaysia dan membuat catitan berkenaan suasana di negara ini.

Mungkin kali ini Marina bimbang untuk berterus terang dalam menyuarakan pandangannya yang sentiasa sensasi itu. Oleh itu beliau telah menggunakan topeng imaginasi untuk secara halus menyongsongkan mesejnya.

Bagi saya tulisan beliau semalam cuba sebenarnya membela nasib Ayah Pin, seorang yang telah pun mengisytiharkan dirinya murtad dan kini sedang dipantau serta disiasat oleh pihak JAKIM dan JHEAT entah sampai bila.

Kata Marina:

In this country one is not allowed to spend money to build large replicas of household items. This will invite hostile attention from the authorities.

(Dalam negara ini kita tidak dibenarkan membelanjakan wang sendiri untuk membina replika perkakas rumah. Ianya hanya akan mengundang masalah dengan pihak berkuasa.)

(Merujuk kepada replika besar kendi, pasu, payung dan lain-lain yang dibina oleh Ayah Pin di perkampungannya di Besut)

Beliau menulis lagi:

But the funny thing is, just going by whats in the paper, nowadays you can get arrested if you sit down and have a nice friendly chats with people who have different beliefs from you.

(Yang melucukan, berdasarkan laporan dalam akhbar, sekarang ini anda boleh sahaja ditangkap sekiranya duduk-duduk dan berborak secara mesra dengan sesiapa sahaja yang mempunyai kepercayaan yang berbeza dari anda.)

Dan tidak cukup setakat itu, Marina turut mempertikaikan pula mengapa seseorang tidak boleh diberikan hak untuk murtad ataupun keluar ataupun menukar agamanya.

Menurut beliau:

There seems to be more people keen on prosecuting others for thinking differently from them than ever before. The even weirder thing is that the ones they really go after are those who are actually of the same faith. Its like joining a club that you can never leave when you decide you don’t like the rules anymore.

(Terdapat kecenderungan banyak pihak untuk mendakwa sesiapa yang berfikiran berbeza dari mereka, lebih dari sebelum ini. Yang anehnya mereka ini lebih minat memberkas dari kalangan sesama akidah. Ianya umpama menyertai sebuah kelab, dan kemudian anda tidak dibenarkan sekali-kali meninggalkannya walaupun anda sudah tidak menyenangi peraturan-peraturannya.)

Inilah perkembangan mutakhir tentang nasib dan kedudukan kita dalam negara pada hari ini! Apabila sesiapa sahaja boleh mengulas, mengkritik dan dengan bebas mengeluarkan pandangan berhubung bab agama sesuka hati sedangkan mereka tidak mahir berkenaannya.

Cukuplah Ayah Pin yang telah secara sukarela murtad dan kini menyesatkan orang-ramai itu. Kita tidak memerlukan mana-mana pihak lain pula untuk bangun dan memberikan sokongan dan simpati secara terbuka.

Kita bertanggungjawab memelihara kemurniaan agama dan aqidah kita. Jangan sampai Islam menjadi bahan momokkan dan senda gurau pihak lain lantaran kelemahan dan kedayusan kita.

Sumber: - http://www.geocities.ws/pas_bukitmahkota

Scroll To Top
banner